HAL RAHSIA DIRI
Ilmu zahir ada 12 macam dan ilmu
batin pun 12 macam di bahagi kepada golongan umum dan golongan khusus
menurut kadar perjuangannya. Dari 24 macam ini terbagi ia kepada 4 bab
iaitu :
1 - Zahir Syariat - tentang perintah dan larangan serta hukum
2 - Batin Syariat - yang disebut Ilmu Batin dan Tariqat.
3 - Ilmu Batin yang disebut Ilmu Ma'rifat.
4 - Ilmu Hakikat.
Manusia diharuskan menguasai ke empat-empat bab tadi, seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Syariat bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang; Ma'rifat bagaikan daun dan Hakikat bagaikan buah".
Al-Quran
mencakupi 4 bab di atas dengan petunjuk dan isyarat secara tafsir dan
takwil. Penyusun Kitab 'Al-Majma' berfatwa bahawa tafsir bagi orang awam
dan takwil bagi orang khusus, kerana orang-orang khusus ini adalah
ulama' yang 'rusukh'.
Rusukh maknanya tetap kuat, kukuh dan teguh
di bidang ilmu. Sifat ini dimiliki oleh ulama Rasikhin iaitu suatu
hasil dari kalimat yang ditanamkan di lubuk hati setelah berupaya
membersihkan hati. Bukti ketinggian martabat ulama Rasikhin adalah ayat
Al-Quran yang mencantumkan lafaz Rasikhin yang di'athafkan kepada lafaz
Jalalah (Illallah) dalam ayat 'Syahidallahu... ' dan seterusnya di dalam
Surah Ali Imran: 18;
Mufassir Tafsir Al-Kabir berkata :
"Bila
pintu yang ini (Rasikhin) telah terbuka, maka akan terbukalah segala
yang batin. Seorang hamba diwajibkan melaksanakan perintah, menjauhi
larangan dan melawan nafsu di seluruh daerah yang empat iaitu :
Mulki (jasad), Malakut (hati) Jabarut (fuad) dan Lahut (sir).
Nafsu
menggoda di daerah syariat dengan membuat perlawanan-perlawanan.
Sedangkan di daerah Tariqat, nafsu menggoda dengan mendorong dan
menyetujuinya tetapi di dalamnya terkandung tipuan seperti pengakuan
menjadi nabi, wali dan sebagainya. Sedangkan di daerah ma'rifat nafsu
menggoda dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) yang bangsa cahaya
seperti pengakuan menjadi tuhan.
Allah berfirman (Al-Furqan:43):
"Engkau mengetahui orang-orang yang menjadi Tuhan sebagai hawa nafsunya"
Di
daerah Hakikat pula syaitan, nafsu dan malaikat tidak dapat memasukinya
sebab bila berada di situ ia akan hangus, kecuali ALAH.
Jibril a.s. berkata : "Kalau aku memasukkan hujung jariku ke alam ini maka hanguskah aku.”
Manusia
yang telah mencapai alam ini bererti dia selamat dari dua seteru; dan
jadilah dia manusia yang ikhlas". Sesuatu yang tidak mencapai hakikat,
maka dia tidak akan mencapai ikhlas kerana sifat-sifat 'Basyariyyah
Ghairiyyah' (sifat manusia selain Tuhan) tidak akan hancur, kecuali
dengan 'Tajalli Zat'.
Sifat bodoh hanya akan hilang dengan Ma'rifat
Zat. Allah akan memberi ilmu orang yang sampai ke darjat ini tanpa
perantaraan. Manusia akan mengenal AlLah kerana diperkenalkan oleh AlLah
dan beribadat kepada AlLah dengan pendidikan AlLah, seperti Nabi Khidir
a.s. Di alam ini dia akan menyaksikan Ruh-Ruh Qudsiyah dan mengetahui
Nabinya (Muhammad SAW) secara hakiki. Maka akan berbicaralah dari
akhirnya hingga permulaannya.
Seluruh Nabi menyampaikan khabar gembira atas keberhasilan si hamba kerana sampai kepada AlLah yang kekal.
Firman AlLah (Surah An-Nisa':69):
"Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya".
Amaliyah
bagi Ruh Jasmani adalah menggunakan Ilmu Zahir. Pahalanya hanya syurga.
Maka di sana akan jelaslah kebaikan dari sifat (orang yang beribadah
akan masuk syurga; sebaliknya orang yang tidak beribadah akan masuk
neraka).
Sedangkan untuk masuk ke 'Haramil Qudsiyah' dan dekat dengan
AlLah tidak cukup bila hanya menggunakan Ilmu Zahir saja. Untuk ke sana
harus dengan Ilmu Terbang; dan terbang itu harus menggunakan dua sayap.
Bila satu, maka perjalanan akan pincang. Maka dengan kesepaduan Ilmu
Zahir dan Batin barulah sampai seorang hamba ke Alam Qudsi.
Allah berfirman di dalam Hadis Qudsi:
"Hai
hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka
engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut kerana alam Mulki
adalah syaitan bagi orang Alim, Alam Malakut adalah syaitan bagi orang
Arif dan Alam Jabarut adalah syaitan bagi orang yang akan masuk ke Alam
Qudsiyah". Wajib bagi semua manusia mengetahui ukuran dirinya dan jangan
mengaku sesuatu yang bukan haknya.
Imam Ali berkata: "Allah
menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati
batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya".
Seorang Alim harus mampu mencapai makna hakikat manusia yang disebut
Tiflul Ma'ani (Bayi Ma'nawi). Setelah itu harus mendidiknya dengan tetap
melakukan Asma Tauhid dan keluar dari alam Jasmani ke alam Ruhani,
iaitu alam As-Sirri yang di sana tidak sesuatu pun selain AlLah. Sir itu
seperti lapangan dari cahaya, tidak ada hujungnya. Inilah Maqam
Al-Muwahidin.
Mudah-mudahan apa yang bapak bicarakan ini bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak hal rahsia diri insan.
Berusahalah
untuk mencapai ke tahap itu melalui ajaran guru atau orang yang
ahlinya. Ada di antaranya sengaja tidak dihuraikan dengan lebih lanjut
kerana sebagiannya adalah rahsia yang perlu dibicarakan secara khusus.
Wassallam.
koleksi ilmu hikmah, kisahsufi,tasawuf,fengshui,maulid,desain grafis,batu akik,batu obsidian, paypal pay,za,pendanaan,RENTAL MOBIL proyek,investor,funder,kredit kpr,pinjaman multi guna ,pialang,wali amanat,SEWA MOBIL CIREBONtaxi online cirebondan lain-lain
koleksi ilmu-ilmu hikmah,kisah 2 tokoh sufi.teknologi tips n trik dll
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
stroom09@gmail.com