koleksi ilmu-ilmu hikmah,kisah 2 tokoh sufi.teknologi tips n trik dll

Selasa, Juni 04, 2013

syahwat

>>Syahwat adalah fitrah manusia. Kita mustahil mampu menghapuskan syahwat, tetapi kita mampu mengawalnya.

>>Jika tiada syahwat, maka tiadalah rintangan untuk dimujahadah, dan tanpa mujahadah, tiadalah peningkatan darjat di sisi Allah. Kerana ada syahwatlah kita boleh jadi lebih mulia dari malaikat jika kita mampu mengawal dan menundukkannya.

>>Sebesar-besar perkara yang mencelakakan kita adalah:

=> Syahwat perut dan makanan <=
-Kerana ianya maksiat pertama manusia, dan Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerananya. (sebab makan buah larangan)
-Kerana perut adalah sumber syahwat. Makin banyak makan, makin banyak tidur, makin banyak tidur, makin sedikit amal, lalu di akhirat kelak menjadi faqir dengan amalan yang sedikit.

Ianya disusuli dengan syahwat kemaluan(sex, wanita, lelaki) seterusnya syahwat keinginan untuk kedudukan, pangkat dan harta dll (dalam bab seterusnya).

>> Hikmah/kebijaksanaan itu adalah didapati dengan berlapar diri(kurang makan)

>>6 Keburukan Kenyang:<<

Berkata Abu Sulaiman Ad-Darani, "Sesiapa yang kekenyangan, ia akan mendapat 6 keburukan:

1] Hilang kemanisan munajat dan beramal.
2] Sukar untuk mendapat hikmah dan pembukaan ilmu serta menjaganya.
3] Terhindar dari sifat pengasih terhadap makhluk.
4] Rasa berat untuk beribadah.
5] Syahwat bertambah dan berganda.
6] Jika mukminin lain berulang-alik masjid, orang yang kenyang berulang-alik ke tandas."


>>Kelebihan Berlapar Diri Dan Kurangkan Pemakanan<<

1] Kebersihan dan kejernihan hati lalu membuka jalan basirah & hikmah.
2] Kelembutan hati(mendapat kelazatan zikir dan kemanisan ibadah)
3] Merasa kehinaan dan kerendahan diri dan menghilangkan keangkuhan.
4] Mengingatkan dengan bala dan azab Allah serta keadaan orang yang faqir kebuluran.
5] Memudahkan untuk menghalang syahwat membuas serta menguasai nafsu.
6] Mencegah dari banyak tidur dan memudahkan untuk berjaga malam dalam ketaatan.
7] Jimat waktu dalam memberi ruang untuk banyak beribadah(kerana kurang membeli bahan makanan, masak, potong, basuh pinggan, ke tandas dll)
8] Kesehatan tubuh badan dan mencegah dari penyakit.
9] Jimat wang dan tenaga( kurang masak/membeli bahan makanan dan keperluannya)
10] Membolehkan untuk bersedekah makanannya kepada yang lebih memerlukan.

*Cuba kawal pemakanan, makan sekadar perlu, jangan terlalu kenyang, latih diri untuk berlapar. Sempena bulan Rejab, Ramadhan makin hampir, jom berpuasa, jom berlapar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

stroom09@gmail.com

KLINIK CENAYANG STROOM09

KLINIK CENAYANG STROOM09
KLINIK CENAYANG STROOM09

pengunjung

RENTAL MOBIL CIREBON

RENTAL MOBIL CIREBON
RENTAL MOBIL CIREBON,TAXI ONLINE CIREBON,SEWA MOBIL CIREBON MINAT HP/WA :089537731979

Total Tayangan Halaman