KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSHOLAWAT KEPADA RASULLAH SAW !!!
Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w
langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai
Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab,
"Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan
memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak
mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak
mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah
mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak
mahu mengingatiku dengan membaca sholawat. Padahal aku kenal pada umatku
itu bergantung kepada bacaan sholawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya
dengan membaca sholawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian
pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w
berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
stroom09@gmail.com