Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam
badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan
deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah
mentaati perintah Allah . Dengan peraturan-peraturan yang
ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan
harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah,
tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia
tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada
perpisahan di antara ‘aku' dengan Allah di dalam tindakan dan
ketaatannya. “Barangsiapa percaya akan
pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia
sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat
110).
Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu
dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia
anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata,
tidak dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak memerlukan
kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya
kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi.
Semuanya semata-mata kerana Allah. Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk
Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di dalam alam
nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam yang banyak,
hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan Pencipta, semuanya
adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar dan ketaatan tanpa
mementingkan diri sendiri.
Namun, semuanya itu di dalam taklukan
alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah
kepada langit-langit. Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia ialah
kekeramatan yang muncul melalui seseorang, misalnya berjalan di atas
air, terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara dan
melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang
tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga
diberikan nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam, bidadari,
susu, madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga
tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat
‘roh perpindahan atau roh peralihan' ialah di dalam hati. Urusannya
ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya berkait dengan
empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua
belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam
sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut. Allah Yang Maha
Tinggi berfirman:“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A'raaf, ayat 180).Firman
Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui
nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu
memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai kepada makam
makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “ Allah Yang Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk syurga”
. Baginda s.a.w juga bersabda, “Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang
arif jadikannya seribu” . Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah
satu. Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.
Dua
belas nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan
tauhid “La ilaha illa Llah” . Tiap satunya adalah satu daripada dua
belas huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan
nama masing-masing bagi setiap huruf di dalam perkembangan hati. Setiap
satu daripada empat alam yang dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang
berlainan. Allah Yang Maha Tinggi dengan cara ini memegang erat hati
para pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya. Firman-Nya: “Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian
dikurniakan kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di
dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan
Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi
hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi. Allah berfirman:
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah
yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke
langit . (Surah Ibrahim, ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan'
adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam
penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya,
cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan' adalah
bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan
menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di
akhirat apabila kembali ialah syurga Na'im, taman kegembiraan kurniaan
Allah.
Tempat ‘roh sultan' di mana ia memerintah,
adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini ialah
makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang
menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan
dalam bahasa hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu ada dua bahagian. Satu
pada lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati.
Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang”. Ilmu yang
sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam sempadan kegiatan hati. Nabi
s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai makna zahir dan makna
batin” . Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis
makna yang tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat
daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang
sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua belas
mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan
batu itu dengan tongkatnya.
“Dan
(ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata,
‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya
dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui
tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
Pengetahuan
zahir adalah umpama air hujan yang datang dan pergi sementara
pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah kering. “Dan satu
tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan
Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah
Yaa Sin, ayat 33).
Allah
jadikan satu bijian, sebiji benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan
kepada kehaiwanan di dalam diri manusia. Dijadikan-Nya juga sebiji
benih di dalam alam roh-roh (alam al-anfus); menjadi sumber kekuatan,
makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi
s.a.w bersabda, “Jika seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam
keikhlasan dan kesucian sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada
lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan
yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan
dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah: “Dia telah diajar
oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma
dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian
ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua
busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya
apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat”.
(Surah Najmi, ayat 5 – 11).
Nabi s.a.w menggambarkan suasana
demikian dengan cara lain, “Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin
kepada yang beriman (yang sejahtera)” . Dalam ayat ini yang sejahtera
yang pertama ialah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang
sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman
itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan
Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan. “Dia jualah Allah
yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman),
Pemelihara segala-galanya” . (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan' di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen
di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk
Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr)
untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah
melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya
ialah kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan;
mencapai keesaan itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan
dengan cara terus menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa
rahsia yang suci. Ia bukan bahasa yang berbunyi di luar.
“Dan
jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui
rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat
bagi roh ini ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa
yang dilihatnya ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian
rahsia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan
dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan
sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan,
kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya, tempat
kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya yang
memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan rasa
gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya
menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila
apa yang diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang berilmu,
mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian
kepada kebenaran (hakikat) mengenai perkara-perkara yang sudah
diketahui sebelum mendongak ke ufuk yang lebih tinggi, sebelum mencari
peringkat baharu, semoga mereka memperolehi pengetahuan tentang
kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga mereka tidak menafikan apa yang
sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka mencari makrifat,
kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.
koleksi ilmu hikmah, kisahsufi,tasawuf,fengshui,maulid,desain grafis,batu akik,batu obsidian, paypal pay,za,pendanaan,RENTAL MOBIL proyek,investor,funder,kredit kpr,pinjaman multi guna ,pialang,wali amanat,SEWA MOBIL CIREBONtaxi online cirebondan lain-lain
koleksi ilmu-ilmu hikmah,kisah 2 tokoh sufi.teknologi tips n trik dll
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
stroom09@gmail.com