MA’RIFAT TERHADAP QADA’ DAN QADAR
Allah telah menetapkan segalanya sebelum langit dan bumi dicipta.
Dari Abdullah bin ‘Amr ra, dari Nabi saw,ia berkata: “Allah telah selesai menetapkan segala ukuran terhadap segala urusan dunia, bahkan sebelum langit dan bumi itu sendiri dicipta sekitar 50 000 tahun”. [dikutip dari Kanzul ‘Umma 11/496]
Dari Ibnu ‘Abbas ra, ia berkata: bahawa hal pertama yg Allah ciptakan ialah pena, dari ejaan sebelum alif dan lam, kemudian Ia menggambarkan pena dari sebuah cahaya. Dikatakan kepadanya: bekerjalah kamu menulis di kitab (Lauhul Mahfuz) itu. Ia bertanya: ya Rabb!! Dengan apa aku isi kitab (lauhul mahfuz) itu? Allah swt berfirman: dengan apa yg akan terjadi hingga datang hari kiamat”. [dikutip dari Jami’ul Ahadith Al-Qudsiyyah 1/154]
Selamanya seorang hamba tidak akan mampu menghindar dari qada’ dan qadar Allah.
Dari Ibnu Maud r.a, ia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah ia ke dalamnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas cukup menakutkan bagi manusia yang memahami betapa amal salih itu belum tentu menjaminnya ke syurga, kerana ia masih bergantung pada takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz. Betapa kita tidak berdaya, Allah yang Maha Agung menggenggam kita dengan kehendak-Nya. Jadi kenapa rasa takut itu belum hadir ketika kita sembahyang, atau ketika kita berada di pasar? Atau ketika kita dihadapkan oleh dua dilema, kesusahan taat dan kelazatan syahwat? Mengapa kita masih bersuka ria padahal kita tidak tahu beruntungkah atau celakakah kita di akhirat nanti?
Tetapi jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan merasa cukup terjamin dengan ibadat kita. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemicu kepada kuat beramal ibadat.
Posisi amal; antara qada’ dan qadar
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga.” Lalu mereka berkata: “Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah SAW bersabda: “Beramallah kamu maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”
Dari Talhah bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Bakar Assiddiq, dari ayahnya ia berkata: aku mendengar ayahku menyebut bahawa ayahnya mendengar Abu Bakar Assiddiq berkata: aku berkata kepada Rasulllah saw: wahai rasulullah, adakah kita beramal itu tergantung atas apa yg ditetapkan atau atas perkara yang telah lalu? Ia menjawab: iaitu atas perkara yang sudah ditetapkan. Ia bertanya lagi: maka terhadap apa kita beramal wahai Rasulullah?!! Baginda menjawab: terhadap segala yg dimudahkan dan yg telah diciptakan bagi dia.
[dikutip dari Kanzul ‘Ummal 1/1536]
Dari Salim bin Abullah ra, dari ayahnya ia berkata: Umar Alkhatab berkata: wahai rasulullah!! Tidakkah anda melihat apa yg kami kerjakandi dunia ini? Adakah kami beramal terhadap sesuatu yg sudah ditetapkan? Atau sesuatu yg akan ada dan baru? Baginda menjawab: tidak, akan tetapi kalian beramal adalah kerana sesuatu yg sudah ditetapkan. Umar lantas berkata: kalau begitu semestinya kitapun hanya bertawakkal saja? Rasulullah saw menjawab: tidak wahai ibnu khattab!! Tetaplah beramal. Maka segalanya akan dimudahkan terhadap apa yg telah diciptakan. Barangsiapa yg akan menjadi penghuni kebahagiaan(syurga), maka sepatutnya ia akan beramal menuju kebahagiaan. Dan barang siapa yg akan menjadi penghuni kesengsaraan(neraka), sepatutnya ia akan dimudahkan beramal menuju kesengsaraan. [dikutip dari Al-Ghaniyyah, karangan Imam Jailani 1/303]
Penghuni Syurga dan penghuni neraka
Dari Raf’I b Hudaij r.a berkata: rasulullah saw bersabda: faktor paling banyak yg mencelakakan bani israil adalah kerana mendustakan Qadar Allah. Kemudian Raf’I bertanya: tunjukkan kpd kami bagaimana kami masih beriman kepada Qadar? Baginda menjawab: kamu hanya beriman kepada Allah sahaja. Dan tidak ada seorangpun yg dapat memberi manfaat mahupun mudharat selainNya. Lantas kamu beriman terhadap adanya syurga dan neraka, dengan meyakini bahawa Allah swt menciptakannya sebelum segala sesuatu diciptakan. Kemudian Ia menciptakan alam semesta, Iapun jadikan hambaNya yg Ia kehendaki untuk menjadi penghuni syurga, yg ia kehendaki utk menjadi penghuni neraka. Sebagai sebuah keadilan dariNya. Dan setiap manusia akan beramal sesuai dengan apa yg telah ditetapkan bagi dia, amalan diapun mengarah kepada apa yg sudah dicatatkan baginya. Kemudian aku berkata: maha benar Allah dan RasulNya. [dikutip dari Kanzul ‘Ummal 1/1596]
Dari Ali ra berkata: Rasulullah saw naik mimbar: bertahmid dan memuji Allah, kemudian berkata: ada sebuah kitab (Lauhul Mahfuz) yg Allah tuliskan didalamnya nama-nama para calon penghuni syurga beserta nasab keturunan mereka, mereka dikumpulkan, tidak lebih dan tidak pula kurang, sampai datangnya hari kiamat. Para calon penghunni syurga telah memiliki ciri dengan sentiasa mengerjakan amalan penghuni syurga, sekalipun amalan apapun jua, bahkan tidak jarang para pneghuni kebahagiaan (syurga) ini menempuh jalan yg sengsara, sampai dikatakan tidak ada bezanya mereka dengan orang2 sengsara (layak), bahkan merupakan merupakan sebahagian darinya, sampai kemudian kebahagiaan (maut) menjemput dan menyelamatkannya. Dan tidak jarang para calon penghuni kesengsaraan (neraka) menempuh jalan kebahagiaan, sampai dikatakan tidak ada bezanya mereka dengan orang2 yg bahagia (layak), bahkan merupakan sebahagiaan darinya, kemudian kesengsaraan menjemputnya dan mengakhiri kebahagiaan dunia tersebut. Orang yg Allah tetapkan berbahagia dalam kitabNya (Lauhul Mahfuz), Ia tidak akan mengeluarkannya dari kehidupan dunia, sampai ia beramal dengan amalan yg akan membahagiakan sebelum kematiannya, sekalipun hanaya selama hembusan nafas unta. Dan begitu pula dengan orang yg Allah tetapkan akan sengsara dalam kitabNya ( Lauhul Mahfuz), Ia tidak akan mengeluarkannya dari kehidupan dunia, sampai ia beramal dengan amalan yg akan menyengsarakan sebelum kematiannya, sekalipun hanya selama hembusan nafaz unta. Rasulullah saw mengakhiri dgn ucapan: sesungguhnya amalan-amalan itu tergantung dengan akhirnya. [dikutip dari Hayatu Shahabah 3/145]
Imam ghazali menjelaskan dalam kitabnya, ihya’ ulumuddin, kitab al khauf, bahawa yg dimaksudkan selama jarak hembusan nafas unta, ertinya ia tidak akan sempat beramal dengan anggota badan, hanya sekadar lintasan atau siratan yg tergetar dalamhati ketika akan mati, kemudia ia akan menghabiskan akhir amalannya dgn kejelekan……..]
Dan dalam satu riwayat bahawa Abdullah b Umar pernah berkata: para sahabat Rasulullah saw pernah berkata: maka utk apakita beramal jika semuanya sudah ditetapkan? Rasulullah saw bersabda: bersungguhh-sungguh dan mendekatlah kalian, kerana calon penghuni syurga, akan mengakhiri amalannya dengan amalan penghuni syurga, sekalipun ia beramal apapun jua. Dan calon penghuni neraka juga akan beramal dengan amalan penghuni neraka, sekalipun ia beramal dengan apapun jua. Baginda berisyarat dengan tangan dengan mengepalkannya, dan berkata: sesungguhnya Tuhan kalian telah menetapkan segala sesuatu atas semua hamba-hambaNya. Ia mengangkat dan mengepalkan tangan kanan seraya berkata: satu kelompok berada di syurga, dan dengan kepalan tangan kiri, ia berkata: dan kelompok lainnya berada di neraka Sa’ir. [dikutip dari Jami’ul Ahadith Al-Qudsiyyah 1/143]
Sikap Rasulullah saw terhadap qada’ dan qadar
Dari Al-Auzai ra, ia berkata: seorang yahudi datang kepada Nabi saw, ia bertanya kepada baginda tentang masalah kehendak. Baginda menjawab: kehendak hanyalah milik Allah semata. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku berdiri”? baginda menjawab: “itu kerana Allah berkehendak anda utk berdiri”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku duduk”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak anda utk duduk”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku ingin memotong batang pohon kurma ini”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak utk kamu memotong batang pohon kurma itu”. Ia bertanya lagi: “sekalipun aku tidak ingin memotong batang pohon kurma ini”? jawabnya: “itu kerana Allah berkehendak utk kamu tidak memotong batang pohon kurma itu”. Beliau berkata: kemudia Jibril mendatanginya dan berkata: hujjahmu telah dibimbing, sebagaimana dibimbingnya Ibrahim as, ia berkata: dan ayat quran(al-hasyr:5) pun diturunkan. [dikutip dari Hayatu Syahabah 3/28]
Sikap Abu Bakar assiddiq terhadap qada’ dan qadar
Dari Ibnu Umar ra, ia berkata: telah datang seseorang kepada Abu Bakar, ia berkata: adakah anda melihat orang yg berzina itu masuk dalam lingkungan takdir Allah? Ia menjawab: Ya. Iya bertanya lagi: Allah telah menetapkannya? Kemudian Ia akan menyeksaku kerananya? Ia menjawab: Ya. Namun demi Allah, jika aku punya seorang manusia, aku akan perintahkan dia utk mematahkan hidunngmu. [dikutip dari Kanzul ‘Umma 11/1537]
Dari Abd Rahman bin Sabith ra, ia berkata: Abu Bakar berkata: Allah swt telah menciptakan alam semesta, kemudian mereka berada dalam genggamanNya. Ia kemudian berkata: barangsiapa berada dalam genggaman kananNya, masuklah kalian ke syurga dengan selamat. Dan barangsiapa yg berada dalam genggaman kiriNya, masuklah kalian ke neraka, sedang Ia(Allah) tidak peduli. Sampai mendatangkan hari kiamat. [dikutip dari Kanzul Umma 11/1538]
Subhanallah….. Cuba kita renung diri kita, adakah selama ini Allah mempermudahkan kita untuk melakukan kebaikan atau keburukan. Seandainya kita dipermudahkan untuk melakukan kebaikan, Alhamdulillah. Seandainya sebaliknya, mohonlah petunjuk Allah kerana sekiranya anda berasa insaf dan sedar selepas membaca ini semua, maka keinsafan itulah sebenarnya yang telah ditetapkan buat anda dalam kitabNya(Lauhul Mahfuz). Ketahuilah, sekiranya anda berdoa, maka Allah lah yg berkehendak utk anda berdoa seperti yg ditulis di kitabNya(Lauhul Mahfuz). Artikel yg anda sedang baca ini juga adalah kerana Allah berkendak utk anda utk baca seperti yg tertulis dalam kitabNya(lauhul mahfuz). Saya yg menyebarkan artikel ini juga kerana Allah berkehendak utk saya sebarkan seperti yg tertulis dalam kitabNya(lauhul Mahfuz). Sesungguhnya apa yg telah ditulis dalam kitab lauhul mahfuz itu tetap akan berlaku meskipun kita cuba mnegelak daripadanya. Sungguh Allah maha bijaksana dalam mentadbir alam ini. Wallahu a’alam.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah(pengakhiran yg baik)”.
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, kerana takdir terbahagi kepada 2 bahagian. pertama, takdir yang dapat diubah. kedua, takdir yg tidak dapat diubah.
Qada mubram adalah qada' yg tidak boleh berubah. contohnya, kita ditakdirkan sebagai seorang lelaki dan ini semestinya tidak boleh berubah.
Qada' mu'allaq ialah qada' yg boleh berubah berdasarkan amalan dan usaha kita.
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)
Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)
Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia. Wallahu a'alam
koleksi ilmu hikmah, kisahsufi,tasawuf,fengshui,maulid,desain grafis,batu akik,batu obsidian, paypal pay,za,pendanaan,RENTAL MOBIL proyek,investor,funder,kredit kpr,pinjaman multi guna ,pialang,wali amanat,SEWA MOBIL CIREBONtaxi online cirebondan lain-lain
koleksi ilmu-ilmu hikmah,kisah 2 tokoh sufi.teknologi tips n trik dll
Kamis, Januari 09, 2014
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
stroom09@gmail.com